Wednesday, August 4, 2010

Takrifkan perbezaan tahap perhubungan syarikat yang boleh dibina dengan pelanggan.

Ialah mengurus permintaan bermakna mengurus pelanggan. Permintaan syarikat datang dari dua kumpulan : pelanggan baru dan pelanggan berulang. Teori dan amalan pemasaran tradisional telah memfokus kepada cara untuk menarik pelanggan baru dan membuat jualan. Walau bagaimanapun, pada hari ini, penekanan telah berubah. Selain dari merekabentuk strategi untuk menarik pelanggan baru dan mewujudkan urusniaga dengan mereka, syarikat-syarikat pada hari ini berusaha ke arah mengekalkan pelanggan semasa dan membina perhubungan pelanggan yang berkekalan.

Faktor-faktor seperti perubahan demografi, ekonomi lembab, pesaing yang lebih canggih dan kapasiti berlebihan di dalam kebanyakan industri bermakna terdapat pelanggan baru yang sedikit dalam pasaran. Banyak syarikat kini yang boleh berlumba-lumba untuk mendapatkan syer bagi pasaran yang sudah tepu atau lembab. Oleh itu, kos untuk menarik pelanggan baru berbanding dengan mengekalkan pelanggan sedia ada yang berpuashati.

Sebagai contoh, nilai sepanjang hayat pelanggan bagi pelanggan Taco Bell melebihi $12, 000. Bagi general Motors atau Ford, nilai sepanjang hayat pelanggan mungkin melebihi $340, 000. Oleh itu, berusaha untuk mengekalkan pelanggan adalah bermakna dari segi ekonomi. Syarikat boleh kehilangan wang dari urusniaga specifik, tetapi masih mendapat banyak faedah dari perhubungan jangka-panjang. Kunci kepada pengekalan pelanggan ialah nilai dan kepuasan pelanggan yang lebih baik. Dengan ini, banyak syarikat berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan pelanggan yang berpuashati.

Apa yang beliau faham mengenai pemasaran? (menginterviewkan seorang peniaga)

"Pemasaran ialah cara hendak meluaskan barangan perniagaan kita dan memberitahu kepada orang ramai. Berbagai cara boleh kita lakukan. Antaranya melalui jualan langsung, mengadakan promosi, iklan melalui pamplet dan sebagainya."

Rozana Razali
DB Beauty Kecantikan

Sunday, August 1, 2010

FAKTOR-FAKTOR SOSIAL

1. Kumpulan

  • pengaruh oleh kumpulan kecil
  • wujud pengaruh langsung
  • kumpulan kecil :

a. kumpulan primer (keluarga). iaitu interaksi lebih kerap tetapi tidak formal. seperti rakan, keluarga, jiran dan sebagainya.

b. kumpulan sekunder (peranan dan status). lebih formal diman interaksi tidak begitu kerap. seperti kumpulan agama, profesional, persatuan, perdagangan dan lain-lain.

c. kumpulan rujukan. bandingan dan rujukan secara langsung dalam pembentukan sikap dan kelakuan seseorang. seperti kumpulan aspirasi (pemain bola sepak teringin menyertai kelab terkemuka seperti MU. walaupun tiada pertemuan bersemuka di antara kumpulan tersebut)

  • Ahli kumpulan yang mempunyai pengaruh yang kuat dikenali sebagai pemimpin pendapat. Biasanya mempunyai pengetahuan, kemahiran istimewa, ciri-ciri yang boleh mempengaruhi.

2. Keluarga

  • Organiasai pembelian yang paling penting. Dimana penglibatan isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Seperti Mc Donald

3. Peranan dan Status

  • Peranan terdiri daripada aktiviti yang dijangka seseorang itu akan lakukan mengikut orang disekelilingnya. Seperti peranan dalam keluarga, peranan dalam organisasi, peranan dalam persatuan dalam menentukan kedudukan seseorang.

PEMBETULAN ( 5 orientasi pemasaran )

konsep pengeluaran
  • andaian : pengguna lebih suka membeli barangan yang murah.
  • limitasi : kurang bersesuaian pada zaman moden sebab menekankan kepada aspek pengeluaran dan agihan bukan kepada keperluan (needs)

konsep keluaran (produk)

  • andaian : pengguna minat kepada keluaran berkualiti yang tinggi ada prestasi yang baik.
  • limitasi : tidak bersesuaian pada segmen pasaran tertentu dimana boleh menghasilkan "miopia pasaran" sebab ia menekankan kepada output dan bukan apa yang dikehendaki oleh pengguna.

konsep jualan

  • andaian : cuba menjual sebanyak mungkin output yang dihasilkan dengan cara promosi guna media.
  • limitasi : pengguna harus dipujuk buat pembelian dan adakan aktiviti jualan dan alat promosi yang agresif. seperti ; insurans.
  • kelemahan : dari sudut perhubungan dengan pelanggan tiada idea, pelanggan akan lari.

konsep pemasaran

  • kunci ke arah pencapaian matlamat organisasi adalah merangkumi usaha yang efektif yang melebihi pesaing dalam mengintegrasikan aktiviti.

konsep kemasyarakatan

  • menjaga hal ehwal kebajikan pengguna dan masyarakat untuk jangka panjang.

Thursday, July 29, 2010

INDUSTRI HIBURAN MALAYSIA


David Teo Chew Huat adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Metrowealth International Group (MIG). Selain MIG, ia turut mempunyai beberapa anak syarikat seperti Metrowealth Movies Production (MMP), MIG Records, MIG Sound, MIG Talent, MIG Publishing dan Metrowealth Cinema.David Teo merupakan penerbit yang banyak menghasilkan filem Melayu ketika ini.

David Teo berasal dari Segamat, Johor, David menerbitkan filem pertamanya, Syukur 21 pada 2000 dan sehingga Oktober 2006, MMP sudah pun menghasilkan 21 filem. Setakat ini, Remp-It adalah filem paling berjaya apabila memungut kutipan melebihi RM4 juta.

Pada masa yang sama, Metrowealth Cinema menyediakan lapan sinipleks di tiga lokasi iaitu di Kajang, Selangor; Kuching, Sarawak dan Alor Setar, Kedah.Drama pertama terbitan syarikatnya adalah Biar Rahsia yang disiarkan sebanyak 26 episod menerusi RTM.



Selepas bergelumang sebagai produser, kini David berjinak-jinak pula sebagai pelakon. Dia tampil sebagai cameo menerusi filem Remp-It dan Susuk, selain itu memegang watak utama menerusi Cerekarama TV3, Sederet 2 X 5 yang ke udara pada 17 November 2006.

Persekitaran Mikro & Makro

MIKRO
  • kuasa yang terdekat dengan organisasi
  • orang tengah, pesaing, pembekal, pelanggan, masyarakat, kerajaan dan public.

MAKRO
  • kuasa luar yang mempengaruhi persekitaran perniagaan
  • budaya, politik, demokrasi, ekonomi, alam sekitar dan teknologi

PEMBETULAN (kehendak, keperluan & nilai)

kehendak ialah keinginan untuk hidup yang lebih selesa.

keperluan ialah asas hidup manusia seperti makanan, minuman dan pakaian.

nilai ialah himpunan set perbezaan untuk dimanfaatkan @ dijanjikan diberi kepada pelanggan untuk memuaskan kehendak mereka.