Thursday, July 29, 2010

INDUSTRI HIBURAN MALAYSIA


David Teo Chew Huat adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Metrowealth International Group (MIG). Selain MIG, ia turut mempunyai beberapa anak syarikat seperti Metrowealth Movies Production (MMP), MIG Records, MIG Sound, MIG Talent, MIG Publishing dan Metrowealth Cinema.David Teo merupakan penerbit yang banyak menghasilkan filem Melayu ketika ini.

David Teo berasal dari Segamat, Johor, David menerbitkan filem pertamanya, Syukur 21 pada 2000 dan sehingga Oktober 2006, MMP sudah pun menghasilkan 21 filem. Setakat ini, Remp-It adalah filem paling berjaya apabila memungut kutipan melebihi RM4 juta.

Pada masa yang sama, Metrowealth Cinema menyediakan lapan sinipleks di tiga lokasi iaitu di Kajang, Selangor; Kuching, Sarawak dan Alor Setar, Kedah.Drama pertama terbitan syarikatnya adalah Biar Rahsia yang disiarkan sebanyak 26 episod menerusi RTM.



Selepas bergelumang sebagai produser, kini David berjinak-jinak pula sebagai pelakon. Dia tampil sebagai cameo menerusi filem Remp-It dan Susuk, selain itu memegang watak utama menerusi Cerekarama TV3, Sederet 2 X 5 yang ke udara pada 17 November 2006.

Persekitaran Mikro & Makro

MIKRO
  • kuasa yang terdekat dengan organisasi
  • orang tengah, pesaing, pembekal, pelanggan, masyarakat, kerajaan dan public.

MAKRO
  • kuasa luar yang mempengaruhi persekitaran perniagaan
  • budaya, politik, demokrasi, ekonomi, alam sekitar dan teknologi

PEMBETULAN (kehendak, keperluan & nilai)

kehendak ialah keinginan untuk hidup yang lebih selesa.

keperluan ialah asas hidup manusia seperti makanan, minuman dan pakaian.

nilai ialah himpunan set perbezaan untuk dimanfaatkan @ dijanjikan diberi kepada pelanggan untuk memuaskan kehendak mereka.

Tuesday, July 20, 2010

Perbezaan antara pemasaran dan jualan.

Pemasaran
  • biasanya dilakukan dengan tujuan untuk menimbulkan "awareness" mengenai produk atau servis. bukan untuk menghasilkan jualan atau sebagainya.
  • ialah menentukan kepada siapa sahaja target pemasaran tersebut supaya mendapat keberhasilan semasa pemasaran.

Jualan
  • biasanya dilakukan dengan melakukan jualan melalui pengiklanan dan akan mengulanngi mesej yang sama berulang-ulang kali supaya pelanggan tahu mengenai produk dan servis yang ditawarkan sehinggalah mereka membeli produk tersebut.
  • ialah barangan yang dijual atau didagangkan.
  • memenuhi permintaan orang ramai melalui perancangan perkhidmatan sokongan dan pemberian perkhidmatan.

Bagaimana internet boleh menggubah pelanggan?

  • dimana pelanggan boleh membuat pilihan barangan yang hendak dibeli.
  • pelanggan juga boleh melihat pengenalan diri peniagaan tanpa pergi ke tempat premis tersebut.
  • selain itu juga, pelanggan boleh membeli secara online.
  • pelanggan juga boleh melihat harga, rupa produk yang dikeluarkan dan jenis barangan yang hendak dimiliki.

Monday, July 19, 2010

5 orientasi pemasaran :

1. pemasaran berkonsepkan pengeluaran (production)

  • ialah menentukan kepada sesiapa sahaja target pemasaran tersebut.

2. pemasaran berkonsepkan keluaran (product)

  • ialah harga yang ditawarkan dalam memasarkan produk, pelanggan ingin melihat sendiri barangan yang dikeluarkan oleh syarikat

3. pemasaran berkonsepkan jualan (selling)

  • ialah barangan yang dijual atau didagangkan secara terus kepada pelanggan.

4. pemasaran berkonsepkan pemasaran (marketing)

  • memenuhi permintaan orang ramai melalui perancangan perkhidmatan sokongan dan pembelian perkhidmatan

5. pemasaran berkonsepkan sosial (societal)

  • ialah fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mencipta, mengembangkan dan menekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan perkhidmatan. ia menyasarkan untuk mengenali dan memenuhi kehendak pelanggan di dalam mengekalkan keuntungan aktiviti yang dijalankan.

Apa yang di maksudkan dengan keperluan, kehendak dan permintaan ialah :

1. Keperluan :
  • merujuk kepada keperluan manusia yang terhasil secara semula jadi dalam diri manusia tetapi boleh dipengaruhi oleh aktiviti pemasaran.
  • keperluan tidak dibentuk oleh pemasaran kerana ia adalah perkara asas yang sangat dikehendaki bagi setiap manusia. bila keperluan tidak dapat dipenuhi, seseorang akan mencari untuk mendapatkan keperluan tersebut atau cuba untuk mengurangkan keperluan tersebut.
  • contohnya ialah keperluan fisiologi (makanan, minuman, pakaian) dan keperluan keselamatan (ubat, tempat tinggal)

2. Kehendak :
  • ia terhasil daripada keperluan asas manusia dan terbentuk dipersekitaran budaya atau personaliti seseorang melalui proses perbelanjaan.
  • kehendak manusia tiada hadnya tetapi ia dibataskan melalui sumber yang dimiliki yang selalunya terhad.

3. Permintaan :
  • kemahuan atau kesediaan seseorang untuk memiliki membeli sesuatu barang atau perkhidmatan yang disertai dengan kemampuan untuk memilikinya.
  • kehendak yang ditukarkan kepada permintaan bila disokong oleh kemampuan untuk memiliki.
  • contohnya ialah wang.